Sunday, 2 February 2020

SAA takes New Zealand Spring 2018 [Part 5]

Assalamualaikum Gais,

So this is my final post for SAAtakesNZ which will covers tempat2 dari Lake Pukaki, Lake Tekapo, Dunedin, Meoraki Boulders and Christchurch. Seperti biasa, lepas masak breakfast, and kemas-kemas, aku pon pergi enjoy my morning coffee sambil mengadap snow capped mountain. Pastu aku pergi jalan-jalan morning walk kat hotel's surrounding memandangkan cuaca pagi tu sangat cantik, cerah walaupun berawan.





At our hotel reception after checking out.







Isi minyak dulu sebab destinasi harini agak jauh juga. Mount Cook-Dunedin.



Pagi tu memang cuaca cantik, jadi aku pon banyak kali juga posing kt tengah-tengah jalan raya ni..hehehe.





Pit stop pertama kami singgah ke Lake Pukaki, permandangan memang cantik sangat, sebab langit pun biru berserta snowcapped mountain sebab dah 3 hari snowing.





Next, kami teruskan perjalanan ke Lake Tekapo pula. Kat sini kami plan untuk have a picnic by the lakeside. Cuaca agak terik by the time kami sampai, kami terus cari spot untuk picnic sampai layan view yang super awesome ni.







Ayden macam biasa lah, semua binatang pun dia nak bagi makan..macam entertainment pula bagi dia sebab  kat NZ ni memang banyak binatang. hehe




Lepas dah siap picnic, kami pergi jalan2 sekitar depan lake untuk sesi photoshoot bersama bunga2 lupins yang cantik ini bersama my little model. hehe.





Memang indah sungguh permandangan Lake Tekapo yang membiru, ditambah pula snowcapped mountain yang fresh lagi belum cair dikelilingi bunga-bunga lupins yang sedang meriah mekar. Alhamdulillah dapat tengok ciptaan Allah yang maha agung didepan mata dengan cuaca yang sangat perfect.






Then kami pun teruskan perjalanan ke Dunedin, perjalanan ambil masa 4 jam juga dari Lake Tekapo ni. Dah nak dekat area Meoraki Boulders tu hujan lebat pun turun. Jadi kami bawa kereta slow je jalan licin. Kami pun sampai ke hotel kami kat tengah-tengah bandar Dunedin dan rest. Disebabkan harini banyak perubahan cuaca, dari panas terik ke hujan lebat. Tambah pula keluar shopping kt Pak N Save tu ujan lebat, jadi kepala pun dan ting tong dah Shaz. So aku pun decide tuk tapau makanan kat nearest halal food dan jalan kaki je berpandukan google maps. hehhe


Keesokkan pagi, lepas check out, kami pun gerak ke Tunnel Beach Dunedin. Kat sini memang cantik permandangan nya, TAPI sangat lah bahaya jalannya sebab sangat cerun. Untuk bawak budak kecik/stroller/elderly people agak tidak sesuai.



Jadinya,  shaz just berhenti half way je, then aku pun jalan sampai ke Tunnel Beach untuk take a few photos for kenangan.






Kami pun teruskan perjalanan ke arah utara south island ni dari Dunedin ke Christchurch, sebab  nanti akan catch flight back to Auckland dari Christchurch. Sepanjang jalan memang kiri dan kanan banyak bintanang ternakan, dan permandangan pantai yang cantik.



Kami berhenti untuk lunch kat Meoraki Boulder's Cafe. Kat luar cafe ni ada ladang kuda, llama dan  juga alpacha. Cantik! betul-betul berhadapan dengan pantai yang ada batu macam telur dinosours tu, boleh access dari cafe ke pantai. Cafe ni juga selain ada jual seafoods, ada juga jual merchandise NZ.






Its also my 30th birthday today! so we ordered seafood platter which are hugeee! memang puas makan! The seafood platter is nice and delicious. recommended!



Along the way, we stopped at canola field kat side  of the road! cantik sangat!



Then kami pun teruskan perjalanan ke Christchurch ke hotel kami di Fino Hotel and Suites! Hotel ni located kat city Christchurch, berdekatan  dengan Christchurch Botanical Garden. Highly recommended sebab  bilik yang luas complete with kitchen and other home appliances. So my mission today untuk habiskan supplies yang ada supaya boleh reduce luggage weight! More for souvenirs!





Sempena my birthday, I cooked roasted chicken with whatever spices yang ada.hehehe. but my husband and Ayden lovesss it! So we had a small birthday dinner at our room, celebrating my birthday! Thank you Allah for all your blessing! Alhamdulillah!






Hari last kami di NZ, lepas bangun, leisure-leisure sampai time for check out, kami pun decide tuk kill time and have a picnic kat Christchurch Botanical Garden before heading to Airport. But before that, kami habis kan our $NZ kat Pak N Save tuk beli chocolates. Park ni memang tenang, bersih  dan juga cantik. We enjoy strolling around the park, tengok orang naik sampan (Punting de Avon) You guys can check out this activity tuk naik sampai kt sepanjang laluan air ni.






Then kami pun pulangkan kereta kat Avis Car Rental Centre, dan naik airport transfer provided. Alhamdulillah, selamat sampai dari Christchurch-Auckland-KUL.




Till next vacation/story. Thanks for reading.






Sunday, 24 November 2019

SAA takes New Zealand Spring 2018 [Part 4]

Assalamualaikum and Hello gais!

entry ni sambungan dari SAA takes New Zealand Spring 2018 [Part 3], dan akan menceritakan experience saya dari Wanaka ke Mount Cook and everything in between. Pejam mata pejam mata dah setahun dah berlalu dengan percutian di New Zealand ni, rindu nya tempat-tempat ni. InshaAllah one day nanti repeat lagi.

So, awal pagi macam biasa tugas mak2 pon bermula, masak breakfast, pack food, pack baju, siap2 dan kejut baby2.hahhaa.sebab kat NZ ni check out pukul 10 pagi, jadi semua kene awal. Kami pon check out dan terus menuju ke supermarket berdekatan untuk beli supplies sebab banyak barang dah habis. Then berhenti kejap depan Lake Wanaka tu untuk cari Lonely Tree, tapi sebab cuaca pun tengah hujan renyai, aku pon jalan2 dekat2 je, tak jumpa Lonely Tree tu. sobs.





Today's agenda ialah ke Twizzel-Lake Pukaki-Mount Cook. Perjalanan nak ke Twizel dari Wanaka ni taklah lama pun, dalam 2 jam je. Kami lalui Lindis Pass route, tengah-tengah jalan yang berbukit bukau tu, tiba-tiba snowing. Dah nak start dah mood jakun si Suhada ni nak keluar, mengagumi ciptaan Allah. Makin jalan snow makin tebal, dan jalan pun makin licin so memang btol2 kene berhati-hati sebab kami pun bukan ada pengalaman sangat bawak kereta time snowing kuat. Sampai lah ke Waikaki District, kami stop sekejap at side road untuk ambil gambar. Ramai juga pelancong lain berhenti untuk ambil gambar masa tu. Permandangan putih meliputi bukit bukau kat sana, sangat cantik.








Mak Pak tengah excited, tapi Ayden nampaknya not a fan, sebab dia tak suke kene pakai glove dan socks.


Lepas dah puas bergambar, kami pun teruskan perjalanan dan sampailah ke Twizel. Kat sini sebenarnya takde ape pun, cuma yang menjadi attraction nya ialah kolam ikan salmon (korang boleh google search High Country Salmon to find out more). Kat sini memang seronok lah sebab korang boleh bagi ikan makan (Ayden's Fav activity), beli salmon products (fresh Salmon dia memang terbaik) dan juga dine in. We had sushi dan juga hot chocolate untuk buat alas perut.














Totally recommended untuk  korang nakleisure-leisure dengan family.

Then, tak jauh dari Twizel ni korang akan nampak laluan nak ke Mount Cook iaitu our next destination untuk 2 malam. Tapi kitaorang tak terus ke Mount Cook, kami terus lagi jalan sikit ke Lake Pukaki untuk have a picnic. Cuaca masa tu tengah mendung, tapi agak ramai orang kt Lake Pukaki masa tu, jadi kami decide untuk picnic kat kawasan camping. Memang cantik sungguh permandangan Lake Pukaki ni, berlatar belakangkan bukit-bukit dan gunung Mount Cook, air pulak tu biru cair. Sesungguhnya gambar-gambar ni dont do justice to the actual beauty of this place. Lepas picnic, kami pon beransur gerak ke Mount Cook sebab dah dekat waktu check in dah, cuaca pun dah start hujan.






Perjalanan nak ke Mount Cook sadly tak nampak apa-apa sebab tengah kabus yang sangat tebal. Macam tulah kt NZ ni, cuaca memang cepat je berubah2. Patutnya dapat lihat permandangan ke Mount Cook yang indah seperti yang dijangka, tapi mungkin rezeki lain kali. hehee.




Sesampainya kat Mount Cook dah start snowing semula. Iols dah start nervous dengan cuaca ini sebab esok plan nak hiking gunung Mount Cook ni dengan my BFF, Azimah. Kami jalan2 sekitar Mount Cook ni, kawasan sekeliling nya sangat luas, dan agak contryside sebab ini kawasan pergunungan. Basically, better korang siap2 beli supplies sebelum ke sini sebab kat area sini memang takde pape kecuali permandangan yang indah. hehehe




Inilah small cottage tempat kami menginap selama 2 malam. Mula-mula nak masuk tu agak nervous juga tapi alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan hotel ini. Memang rasa homey dan cozy sgt. Bilik ini ada sliding door untuk excess terus ke back yard where korang bila-bila boleh bukak dan nikmati permandangan snow-capped mountain, enjoying snow, dan kadang-kadang bagi binatang macam itik, tupai dan arnab makan. Ayden lah yang paling seronok kt sini sebab dia suka binatang. hehee cuma satu je, line telefon kat sini sangat lah mengecewakan, internet pun kt hotel ni kene bayar. Agak susah lah kalau macam my husband sebab dia perlu keep update with perkerja di Malaysia. hehehee.




Kami pun stay indoor je sebab snowing dan juga enjoy be with the moment.

The next day, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, hari untuk panjat Mount Cook.hahahaha. hampir setengah tahun juga plan hiking ini bersama Azimah dengan harapan cuaca cerah bak suria mentari, namun apekan daya, since subuh Iols dah gelisah sebab masih snowing/raining. Azimah keep mintak update cuaca dekat Mount Cook sebab she is on the way from Lake Tekapo. Memandangkan Ayden masih tidur, Shaz cakap pergi je kalau nak hiking, cuma perlu berhati-hati, dia akan jaga Ayden. Adui dah la dengan tak pakai baju yang sesuai (Read: Baju tak kalis air), Iols pon redho je pergi jugak jumpa Azimah dengan hati 50-50 nak hiking.



Found this Malaysian in NZ! haha

Jumpa Azimah, dia terus encourage untuk hiking juga sebab ini je masa yang ada, esok2 kami dah berbeza haluan dan juga mungkin takkan dapat peluang ini.  Nasib baik Azimah ada beli extra rain coat, so dalam snowing/raining tu gigih lah panjat gunung yang landai2 je, part mencabar dia bile snow tebal dan rasa nak tergelincir. What an experience! Walaupun permandangan tak seperti dijangka, tapi aku tetap bersyukur, bukan selalu nak dapat hiking in this kind of weather kan, kat Malaysia takde ni. In fact, kat Malaysia pun tak hiking! hahahahaha




Azimah dan rombongan #travelwithPye

Hiking ni mengambil masa 4 jam (2 jam pergi, 2 jam balik), tapi kalau campur dengan berhenti tuk posing dan rest2,  boleh jadi 5-6 jam jugak.hehehe



hiking in rain/snow be like hahaha



Sambil dok pk apelah yang Hubby and Ayden dok buat kt rumah hhihi










Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Hooker Valley.


Sempat main snow fight! al maklumlah dulu kecik-kecik tak dapat merasa kan.hahhahahaa. layan jeklah minah senget ni nak main baling-baling snow. hehehe



Then kami pon bid goodbye bersama stock2 paste dari Malaysia! What a friend are for kan? ahhahaha

For the rest of the day, planning sebenarnya nak sightseeing by foot/cycling around Mount Cook, but I'm too tired and rase dizzy sebab hiking dalam rain/snow. So after a good bath, terus tido dan spend time dalam bilik je. Esok bersambung my last entry tentang NZ ni which will cover tempat Lake Tekapo-Dunedin-Meoraki Boulders-Chrischurch. Stay tuned!

Thanks for reading!