Friday, 21 June 2019

SAA takes New Zealand Spring 2018 [Part 1] - Tips & Expenses

Assalamualaikum gais, 

Setelah beberapa bulan (naseb baik belum masuk setahun) balik dari New Zealand, baru sekarang Sis dapat hidayah nak bercerita tentang pengalaman ke sana pada november 2018 untuk 11 hari. Untuk pengetahuan semua, kalau november ni kat NZ ialah musim spring atau musim bunga, kira dah hujung2 musim bunga juga sebab kami pergi pon mid november, kalau Disember dah masuk summer dah. Kalau kat NZ ni summer tu kire hot and peak season, memandangkan iols suka sejuk2 sepoi2 bahasa, jadi nya iols pon decide tuk pergi november dan expecting weather nya macam biasalah hujung2 spring kan, ala2 sejuk cameron highland gituh lah patutnya, Sis pon pack baju pon light2 je, takde lah nak bawak baju tebal2, bulu2 che ta bagai..hehehe.. sekali dengan kuasa Allah, 3 hari berturut snowing disana, dan sepanjang 11 hari tu merasa lah macam2 cuaca dalam 1 hari boleh bertukar, in fact, beberapa minit pon boleh berubah, jadinya berdoa jelah supaya dapat cuaca cantik sebab NZ ni memang sangat cantik bile sunny. Tapi kalau tak dapat cuaca panas sampai ke petang pon, kita redha and go with the flow je :) tak guna nak strees2 over cuaca, bukan kita boleh control pon, bak kata Nora, yang penting kita enjoy!!!

Tuk senang korang nak refer, aku akan cerita satu persatu ya:

1. Food & Currency
Currency masa time ni $1NZD bersamaan RM2.98 duit malaysia. Jadi korang budget lah sendri ye kalau nak bercuti ke NZ ni. Kalau nak ke NZ juga (pada masa ini) tidak memerlukan sebarang permohonan visa sebab Malayaia termasuk negara free visa country. Tapi, korang perlu tahu juga yang NZ ni ialah salah satu negara yang sangat2 strict tentang barangan mentah yang dibawa ke dalam negara mereka, jadi sebelum korang bercita2 nak masak or nak bawak daging serunding, sambal petai, etc. sila lah rujuk kat https://www.mpi.govt.nz/travel-and-recreation/arriving-in-new-zealand/items-to-declare/ ni untuk pastikan barang2 makanan korang boleh lepas cemerlang masuk negara meraka. Before pergi, sis dah siap2 packing dan listkan makanan2 yang nak dibawa berserta ingredient dia sekali (tulis dalam english lah ya, dorang mana nak paham petai tu ape kan?) In our case, alhamdulillah, semua makanan lulus dengan cemerlang. Kalau korang bawak makanan terlarang such as dairy product (kecuali susu baby/toddler), honey, raw meat, barang2 mentah seperti sayur and fruits, silalah diclare bagi mengelakkan anjing bau dan makanan korang pon dibuang dalam tong sampah, or worst, korang boleh dikenakan saman. Tak pasal2 nanti spoil mood holiday korang. So jangan cakap sis tak ingatkan. hehe


2. Flight 
Untuk pengetahuan umum juga, NZ terbahagi kepada 2 pulau, iaitu north and south island. Dulu airasia ada direct flight ke south island (Christchurch) tapi dah cancel, then dia re-route dari KL ke Auckland transit di australia, tapi start 2019 pon sudah cancel. Masa kami nak book ni still ada flight Airasia, so ada choice lah compared to MAS, sekarang je dah no choice, unless korang nak fly dari Changi, Singapore. Tapi memandangkan kami travel dengan toddler and mengenangkan pengalaman long haul flight dengan budak ni payah sket, kami pon decide tuk naik MAS je dari KL terus direct ke Auckland, perjalanan amek masa 10 jam, flight malam jadi alhamulillah, 9/10 hours tu Ayden sleep..yeay! hahaha achivement okay tuk mak2 kalau anak behave dalam long haul flight ni. hehehe. harga untuk 2 adults  (RM 2885 X 2) and 1 toddler ni RM2491 = RM8261(sebagai rujukan korang, kot2 nak budget berapa harga tiket flight)

Bismillah! Holiday mode onzz!


ok itu baru sampai ke Auckland ya kawan2, aku stay kat Auckland 1malam je memandangkan cuti aku pon tak panjang sgt untuk cover both island, so aku decide tuk focus kat South more. So untuk sampai ke South, aku amek flight dari Auckland (AKL) to Queenstown (ZQN) menaiki Jetstar. Flight ni mengambil masa dalam 2 jam, tak rasa lama pon sebab syok and jakun tengok view kat bawah tu, nampak snowcapped mountains. heee..memang dah start excited dah time tu. Harga untuk 2 adults and 1 toddler dalam $NZD485.50..pandai2 lah korang congak ya..and tips tuk dapatkan tiket murah, rajin2 lah tengok kat website https://www.skyscanner.com.my/ tuk dapatkan good deal. Then, masa balik pulak, kami balik dari Christchurch (CHC) to Auckland (AKL) menaiki Air Newzealand. The reason why aku tak amek return dari queenstown is aku malas nak patah2 balik and this is the cheapest bargain we could get..jadi aku pegi satu tempat tu semua sekali je..tiada siaran ulangan. So harga Air New Zealand tuk 3 of us pulak is $USD210.





3. Car Rental & Other transportation

Tuk jalan2 sekitar bandar Auckland, weols naik taxi dari airport to our hotel at Auckland city. Mula2 tu ingat nak naik grab lah, tapi tuk info semua, Grab takde kat New Zealand, so Taxi lah juga pilihan yang ada. Harga taxi pergi and ke airport semula dalam $100 each. 

Kat South Island pula, kami menggunakan khidmat car rental company Apex Car Rental, you guys can check them out guna this link https://www.apexrentals.co.nz/?gclid=Cj0KCQjwgLLoBRDyARIsACRAZe59eknNGj6nbVOTqkAbduLV9MgV-Lbr6jv-bFb2DyK_eN8DJ3I2K50aAk37EALw_wcB&gclsrc=aw.ds. Kami book kereta Toyota Corrola Auto for full 8 days dengan harga $NZD 620 seperti di bawah ni tuk pick up at Queenstown Airport and drop off kat Christchurch Airport. Untuk 8 days, aku rasa kereta ni cukup selesa lah tuk aku ngan family bertiga, takde negative comment. 







4. Hotel

untuk hotel pula, sepanjang 11 days 9 nights kat sana ni, aku jadi orang nomad lah berpindah randah keluar masuk luggage ke 7 different hotel. But it was a great experience lah tuk merasa macam2 jenis hotel kat sana. Semua hotel aku book through Agoda.com, harga berubah2 so aku malas nak mention harga, korang kalau rajin boleh check sendri harga nya (aku malas nak cari). 

Auckland - Barclay Suites Auckland City Hotel

aku amek 1 bedroom suite, and it was a great stay. Hotel ni senang nak pergi jalan2 ke Viaduct Harbour and cari makanan halal pon senang, dekat juga dengan Auckland Tower. 






Te Anau - Getaway Te Anau

this one also best jugak, dekat je dengan access tuk pergi lake dia. Kat sini pon ak stay 1 night before pergi ke Milford Sound esoknya. aku amek bilik Pangsapuri Studio 1 Bilik Tidur (1 Bedroom Studio Apartment)


Credit photo : Agoda website https://www.agoda.com/ms-my/getaway-te-anau/hotel/te-anau-nz.html




hotel's sourroundings




Queenstown - Oaks Shore Hotel

This is by far is my most favourite hotel sepanjang aku travelling. Memang sangat2 cantik dan puas hati. Kami ambil bilik 1 Bedroom Lake View Apartment for 2 nights. 


Credit photo : Agoda website https://www.agoda.com/ms-my/oaks-shores-hotel/hotel/queenstown-nz.html


my dream kitchen






Wanaka - The Moorings

Kat sini pon best juga, kami ambil bilik studio twin bed. Hotel ni tepi jalan je, jadi senang kami sightseeing jalan kaki je sepanjang tasik Wanaka yang super cantik ni. 




Credit photo : Agoda website https://www.agoda.com/ms-my/the-moorings/hotel/wanaka-nz.html


Mount Cook -  Mt Cook Lodge & Motels

Hotel ni pon antara highlight for our trips at NZ ni, sebab hotel ni sangat cozy and rase sgt homey. Aku cam teringat dulu2 berangan bila tengok cerita2 princess2, nak ada rumah yang backyard dia ada binatang2 jinak, and kat sini sepanjang kami stay, ada rabbit and ducks datang cari makan kat bilik kami..Ayden ofkoslah excited and I must say it was very interesting to stay at this very surroundings. Kami stay sini for 2 nights, highly recommended tuk korang yang nak stay dekat2 mountains yang dikelilingi snow and if korang nak hike Hooker valley. Sepanjang stay sini, 2 hari jugak lah dapat bermain dengan snow, but its all depends on your luck lah ya. Tak gerenti lah bende2 sal weather ni. kat sini korang leh tengok snowcapped mountain sampai muntah.hehehe


Credit photo : Agoda website https://www.agoda.com/ms-my/mt-cook-lodge-motels/hotel/mount-cook-nz.html










Dunedin - Wains Hotel Dunedin

Among all hotels yang ak stay kat NZ ni, hotel ni lah paling kureng. sebabnya dah la mahal, xde kelengkapan dapur, lift pulak tu tak satu floor dengan bilik kami (means we need to carry our luggage naik tangga), then tak provide parking. Tapi memandangkan iols nak pergi ke tunnel beach esoknya, jadi ok la for 1 night stay. 


Credit photo : Agoda website https://www.agoda.com/ms-my/wains-hotel-dunedin/hotel/dunedin-nz.html




Christchurch - Fino Hotel & Suites

sini best jugak lah, harga pun berpatutan dengan keluasan bilik dan kelangkapan yang disediakan. very comfortable gituh. Kami ambil bilik standard for 1 night. 


Credit photo : Agoda website https://www.agoda.com/ms-my/fino-hotel-suites/hotel/christchurch-nz.html




Credit photo : Agoda website https://www.agoda.com/ms-my/fino-hotel-suites/hotel/christchurch-nz.html


#fyi, aku amek bilik2 yang ada sediakan kitchen sebab kali ni aku memang nak masak je throughout our stay kat NZ, kat Auckland je aku malas masak and cari makanan halal. 

:)

untuk cerita details activity and pengalaman sepanjang trip kami, stay tuned for next2 part. hehee.

thank you for reading. 



No comments:

Post a Comment