Sunday, 9 December 2018

Tokyo May 2015 {Part 2]

Assalamualaikum semua,

Marilah kita sambung dengan Part 2 untuk my travel experience ke Tokyo 3 years ago (kene cepat2 habiskan cerita ni kalau tak 4 tahun dah berabuk cerita tak habis lagi #cryblood)

so untuk hari yang ke tiga kat Tokyo ni, my plan for haritu just to get my husband happy! hahaha since Tokyo (or Japan) is his dream place to visit, so iols pon layankan jelah dia nak ke mana. Then, he request tuk pergi ke Up-Garage and Autobacks #notsupriseatall. So to car accessories fan like my husband, this entry is for you! haha

So, kami pon menapak naik train dari Shibuya ke Up-garage located at Machida. It takes around 40 mins to get there.



sampai ke up-garage!






when the itik meet angsa! haha sabo jelah aku tengok dorang ni bercomunicate, keluar segala bahasa isyarat nak bagi paham punya pasal.


                                                   oh there's me! the #goodwife! haha



And my happy husband :)



Then lepas tu kami pon gerak ke Tokyo Cami located at Oyama-cho tuk solat, cantik masjid ni.



Then kami pon gerak lah mengisi perut yang lapar sebelum gerak ke Autobacks lak. kami beli kebab kat Kebab Box nearby.



along the way jumpa my long time crush! been following this comic since 8years old! omg i'm super old already!



so kami pon sampailah ke Autobacks located at .... ni..kene jalan kaki sikit from the station, nasib baik ada pocket wifi! #alhamdulillah






antara stuff yang dijual kat sini..not so sure lagi murah ke tak dari kat Malaysia. #obviouslynotafan :')


along the way jumpa lak dengan kedai comic ni, so many comic!



me checking the latest episode of Detective Conan hahaha



lihatlah people! comic letak kat tepi jalan je, dia punya secure nya ni dah level lain..haha







pastu kami pon gerak lah ke Odaiba Beach...pantai ni kat artifical island, sangat cantik! Kat Odaiba ni pon ada Liberty Statue ala2 cam dah tiba2 dah sampai New York lak kite kan..hahaha




Then back to Shibuya, kami pon decide tuk explore sikit Shibuya and ofcourse akan pergi kat the famous Shibuya Crossing!



and i also bought 2 slice cakes ni dari Ginza Cozy Coner! Wani my bff yang suggest for me to try their victoria sandwich cake! and it is soooo delicious! (ni pon #recommended!)



Then, perut pon dah minta diisi, kami pon menapak balik dan singgah kat Gyumon ni lagi sekali sebab me and Shaz dua2 rasa sedap gila makan kat situ! (#recommended!)

Okay, tu je for now, harap mood menulis Journal Blog kembali lagi!
to be continue..

Tokyo May 2015 [Part 3]

Sunday, 2 September 2018

Tokyo May 2015 [Part 1]

Assalamulaikum

lame betol tak update blog! haha penangan bekerja! Yup! finally! at the age of almost 30 yo, Dr Nurul Suhada finally get to taste how its like to be working. hahaha Alhamdulillah..now I'm working at UTM, things are a bit overwheming at first (different uni & pressure), thus the MIA. But now, I've sorted out my work, and I can feel that I can do well there! Amin!! (pray for me gais!)

Okey enough with my personal life, lets get to the topic. Pejam celik dah already 3 years dah pon cerita pergi Tokyo ni pon, tapi I feel like it is interesting to share and I pon nak sematkan didalam blog ni my experience ke Tokyo ni. hehe. Kami travel 6days (termasuk hari pergi) dari 12 may hingga 17 May 2015, masa kami pergi tu kira masih musim bunga lagi tapi dah hujung2 lah, so cuaca pon nyaman2 je xlah sejuk sangat. Disebabkan plan nak ke Tokyo ni dibuat dalam masa kurang sebulan (tiba2 shaz ajak pegi, iols on je #jarangtakon) so kami decide tuk stay kat Airbnb, konon nak try dok Japanese style.hehehe..

Start with Day 1 (KUL-HND)

Kami naik pesawat Airsia bertolak pukul 2.30 PM dengan harapan sampai ke Tokyo Haneda Airport pukul 10.30PM and dapatlah catch last train by then. Tapi apakan daya, masa dah nak sampai ke Tokyo tu, ade hurricane teruk, so our flight couldnt landing. Dia punya turbulent tu memang paling worst lah dalam pengalaman aku naik flights ni, time tu banyak2 kan berdoa je. Setelah hampir2 jam gak kapal terbang tu berpusing2 kat atas tak dpt signal untuk turun lagi, kami pon dah keletihan dan kelaparan. Tiba2 pilot bagi announcement, terpaksa landing kat Osaka dulu sebab kapal dah habis minyak dan masih tak dapat turun lagi..So pas isi minyak kat Osaka, barulah fly balik ke Tokyo..Alhamdulillah pukul 3.30 AM selamat touch down haneda. But time tu dah tak de lah train dah, nak tunggu first train 5.30AM, so we decide tuk amek taxi je ke Airbnb kami. Nasib baiklah naik taxi, sebab pagi2 buta tu dengan xtau nk ckp jepun and baca tulisan dia, at least sampai jugak kat Airbnb dengan bantuan pakcik taxi.    

kami stay kt area Shibuya sebab senang nak excess pegi mana2..nama host kami Saturo, kami sewa bilik studio untuk 5 malam, disebabkan kami tak dapat roger dia our situation sampai lambat, dia dah risau dah kot2 xjadi check in..but overall it was a great stay! totally recommended (refer pic kat bawah, source: Airbnb) the room was spacious, clean and ada balkoni untuk kami usha2 permandangan. hehe.harga semalam tak silap dalam rm400/nights..Tokyo memang expensive sikit ye gais.

depan apartment pukul 4AM

interior


they provide us a pocket wifi! such a lifesaver!

iconic japanese toilet

balkoni overlooking shibuya city




complete studio with kitchen

kami pon pas check in, dah tak larat gile dah, pas solat subuh, dengan bantuan tilam empuk terus zzzz sampai pagi. 



Day 2 (Tokyo Imperial Palace, Ashikaga Flower Park)

Alhamdulillah, setelah dapat cukup rest dari kepenatan semalam almost 13jam flights, kami pon excited nak menempuhi hari mendatang kat Tokyo ni. So tuk harini, aku buat itineary free and easy je, just to get Tokyo vibes dulu and familiarize all jalan2 n trains, and to my suprise, we are not lost AT ALL, thanks to our life saver pocket wifi.hahahaa

So kami jalan2 shibuya dulu..





sedang cuba memahamkan train dia..ahaha


hot sunny day, perfect for sight seeing!

Then dah habis pusing2 kat Imperial Palace untuk tengok istana Jepun. 






 kami pon gerak ke Tokyo Station untuk naik Shinkasen ke Oyama untuk tengok Westeria flower. It has passed its peak blooming time, sob3, but I'm happy that kami berjaya pergi ke sana walaupon cakap macam ayam dan itik with orang train tu..hahaha.






cantik permandangan sepanjang perjalanan ke Oyama ni, tenang je, banyak sawah padi. Then, kami pon sampailah ke Ashikaga Flower Park, kene jalan kaki sikit dari train station nak ke flower park ni..dalam 10 min camtu. Lepas tu hati seorang Nurul Suhada pon berbunga lah tengok bunga2 mekar ni.hehehe






my instagram husband! ❤️






moments ❤️









if flower is your thing, then come over here early May ok, macam kami ni dah pertengahan gak lah May, so bunga westeria tu tak seosem time peak bloom!

Pas dah puas tengok bunga, perut pon dah lapa, so kami pon menapak lah pulang ke Shibuya, and dinner kat Gyumon Halal BBQ, omg this place is a treasure! sedap gila wagyu beef dia please! 



muke happy dapat makanan sedap!


Pastu ingat nak sambung jalan kaki lagi ke Shibuya crossing, tapi kaki pon dah kepenatan, kami pon call it a day lah, sambung rest kat umah! 

Bersambung kat Tokyo May 2015 [Part 2]