Tuesday 6 March 2018

Babymoon Bali : Part 1 - Jimbaran


Assalamualaikum gais!

untuk entry kali ni, sis nak cite sket pasal my travel experience ke Bali pada bulan 3, 2016. Masa duration trip ni aku tengah pregnant 6 bulan with Ayden, so ni kira macam babymoon lah gituh.hehee last travel oversea before beranak! so trip kali ni memang tak mencabar, sekadar saja nak rehat2 sebelum beranak. Sememangnya Bali ni tempat yang ideal untuk tujuan camtu! so ape lagi, Iols pon terus plan segala cikadak mak nenek untuk pegi sana.

Untuk penginapan kat Bali, we booked Park Regis Kuta Hotel, bilik yang ada swimming pool, konon nak merasa suasana Bali. Ternyata bilik kami book tu xmengecewakan, cantik, bersih, besar, selesa and yang penting, affordable 😊 kalau kat mesia memang tak dapatlah harga dengan bilik besar camni..huhu





our room


then untuk transport lak, kami menggunakan perkhidmatan Anto Bali Services..Driver kami haritu namanya Robi, memang sangat recommended service dia, hubby pon guna service dia masa company trip ke Bali Dec 2017. Kalau siapa2 nak guna perkhidmatan private transport kat Bali bolehlah contact pak Yanto ni disini ytobalitour@gmail.com, +62 812-3654-0997 ya 😊


untuk flight pula, kami menggunakan Mas sebab ade flight direct dari JHB ke Denpasar,Bali, tp transit kejap kat KUL. alhamdulillah selesa perjalanan kami.




sesampainya kat Airport Bali, si Robi ni dah tunggu dah sambil pegang banner Mr Shazry & Mrs Suhada, so kami pon excited keluar dari balai ketibaan tu..tapi dari keluar flight lagi dah excited dah sebab orang bali punya greeting lain macaim friendly, so happy to be there.



at ngurai rai international airport

Then Robi pon bawak luggage and kitaorg ke mpv kami. Dengan Robi ni memang mudah, sebab dia ikut je mane kami nak pegi, tak kisah asalkan customer enjoy. So kami suh dia bawak pegi makan sedap kat Bali, yang special ade kat Bali, Halal ofcouse. Robi bawak kami ke Nasi Ayam tulang lunak, ok lah not bad, Ayam tu memang sampai ketulang leh makan..boleh lah cuba ya kalau ke Bali 👍



Then kami cakap ngan Robi nak rest, sebab perjalanan dari Jb ni agak memenatkan, biasalah ibu mengandung kan cepat letih..so kami suh drop off kami kat hotel je, nanti lewat petang Robi ambil semula untuk makan kat Jimbaran sambil menikmati sunset view.


so lepas dah rest and freshen up, kami pun bertolak ke Jimbaran seperti yang dijanji kan dengan Robi. Dia terus bawak ke satu restaurant ni, katanye Pak Yanto tu yang punya jugak.







suasana restaurant

pastu kami diberi pilihan untuk dine menghadap sunset or dalam restaurant, tapi sebab masa tu awal lagi, matahari pon tengah panas mencanak lagi, so kami just chop tempat je and request tuk dine menghadap sunset..



our dinner



vibe kat sini memang terasa keromantikannye..memang patut ramai orang honeymoon datang ke Bali!






Then while tengah tunggu food ready, kami pegi jalan2 tepi pantai and beli jagung bakar ni, sedap!



while eating dinner, ade persembahan tarian jugak..

Then dah siap makan, kami pon pulang semula ke hotel...


end of day 1 :)

bersambung kat Babymoon Bali: Part 2