Sunday 24 November 2019

SAA takes New Zealand Spring 2018 [Part 4]

Assalamualaikum and Hello gais!

entry ni sambungan dari SAA takes New Zealand Spring 2018 [Part 3], dan akan menceritakan experience saya dari Wanaka ke Mount Cook and everything in between. Pejam mata pejam mata dah setahun dah berlalu dengan percutian di New Zealand ni, rindu nya tempat-tempat ni. InshaAllah one day nanti repeat lagi.

So, awal pagi macam biasa tugas mak2 pon bermula, masak breakfast, pack food, pack baju, siap2 dan kejut baby2.hahhaa.sebab kat NZ ni check out pukul 10 pagi, jadi semua kene awal. Kami pon check out dan terus menuju ke supermarket berdekatan untuk beli supplies sebab banyak barang dah habis. Then berhenti kejap depan Lake Wanaka tu untuk cari Lonely Tree, tapi sebab cuaca pun tengah hujan renyai, aku pon jalan2 dekat2 je, tak jumpa Lonely Tree tu. sobs.





Today's agenda ialah ke Twizzel-Lake Pukaki-Mount Cook. Perjalanan nak ke Twizel dari Wanaka ni taklah lama pun, dalam 2 jam je. Kami lalui Lindis Pass route, tengah-tengah jalan yang berbukit bukau tu, tiba-tiba snowing. Dah nak start dah mood jakun si Suhada ni nak keluar, mengagumi ciptaan Allah. Makin jalan snow makin tebal, dan jalan pun makin licin so memang btol2 kene berhati-hati sebab kami pun bukan ada pengalaman sangat bawak kereta time snowing kuat. Sampai lah ke Waikaki District, kami stop sekejap at side road untuk ambil gambar. Ramai juga pelancong lain berhenti untuk ambil gambar masa tu. Permandangan putih meliputi bukit bukau kat sana, sangat cantik.








Mak Pak tengah excited, tapi Ayden nampaknya not a fan, sebab dia tak suke kene pakai glove dan socks.


Lepas dah puas bergambar, kami pun teruskan perjalanan dan sampailah ke Twizel. Kat sini sebenarnya takde ape pun, cuma yang menjadi attraction nya ialah kolam ikan salmon (korang boleh google search High Country Salmon to find out more). Kat sini memang seronok lah sebab korang boleh bagi ikan makan (Ayden's Fav activity), beli salmon products (fresh Salmon dia memang terbaik) dan juga dine in. We had sushi dan juga hot chocolate untuk buat alas perut.














Totally recommended untuk  korang nakleisure-leisure dengan family.

Then, tak jauh dari Twizel ni korang akan nampak laluan nak ke Mount Cook iaitu our next destination untuk 2 malam. Tapi kitaorang tak terus ke Mount Cook, kami terus lagi jalan sikit ke Lake Pukaki untuk have a picnic. Cuaca masa tu tengah mendung, tapi agak ramai orang kt Lake Pukaki masa tu, jadi kami decide untuk picnic kat kawasan camping. Memang cantik sungguh permandangan Lake Pukaki ni, berlatar belakangkan bukit-bukit dan gunung Mount Cook, air pulak tu biru cair. Sesungguhnya gambar-gambar ni dont do justice to the actual beauty of this place. Lepas picnic, kami pon beransur gerak ke Mount Cook sebab dah dekat waktu check in dah, cuaca pun dah start hujan.






Perjalanan nak ke Mount Cook sadly tak nampak apa-apa sebab tengah kabus yang sangat tebal. Macam tulah kt NZ ni, cuaca memang cepat je berubah2. Patutnya dapat lihat permandangan ke Mount Cook yang indah seperti yang dijangka, tapi mungkin rezeki lain kali. hehee.




Sesampainya kat Mount Cook dah start snowing semula. Iols dah start nervous dengan cuaca ini sebab esok plan nak hiking gunung Mount Cook ni dengan my BFF, Azimah. Kami jalan2 sekitar Mount Cook ni, kawasan sekeliling nya sangat luas, dan agak contryside sebab ini kawasan pergunungan. Basically, better korang siap2 beli supplies sebelum ke sini sebab kat area sini memang takde pape kecuali permandangan yang indah. hehehe




Inilah small cottage tempat kami menginap selama 2 malam. Mula-mula nak masuk tu agak nervous juga tapi alhamdulillah kami sangat berpuas hati dengan hotel ini. Memang rasa homey dan cozy sgt. Bilik ini ada sliding door untuk excess terus ke back yard where korang bila-bila boleh bukak dan nikmati permandangan snow-capped mountain, enjoying snow, dan kadang-kadang bagi binatang macam itik, tupai dan arnab makan. Ayden lah yang paling seronok kt sini sebab dia suka binatang. hehee cuma satu je, line telefon kat sini sangat lah mengecewakan, internet pun kt hotel ni kene bayar. Agak susah lah kalau macam my husband sebab dia perlu keep update with perkerja di Malaysia. hehehee.




Kami pun stay indoor je sebab snowing dan juga enjoy be with the moment.

The next day, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, hari untuk panjat Mount Cook.hahahaha. hampir setengah tahun juga plan hiking ini bersama Azimah dengan harapan cuaca cerah bak suria mentari, namun apekan daya, since subuh Iols dah gelisah sebab masih snowing/raining. Azimah keep mintak update cuaca dekat Mount Cook sebab she is on the way from Lake Tekapo. Memandangkan Ayden masih tidur, Shaz cakap pergi je kalau nak hiking, cuma perlu berhati-hati, dia akan jaga Ayden. Adui dah la dengan tak pakai baju yang sesuai (Read: Baju tak kalis air), Iols pon redho je pergi jugak jumpa Azimah dengan hati 50-50 nak hiking.



Found this Malaysian in NZ! haha

Jumpa Azimah, dia terus encourage untuk hiking juga sebab ini je masa yang ada, esok2 kami dah berbeza haluan dan juga mungkin takkan dapat peluang ini.  Nasib baik Azimah ada beli extra rain coat, so dalam snowing/raining tu gigih lah panjat gunung yang landai2 je, part mencabar dia bile snow tebal dan rasa nak tergelincir. What an experience! Walaupun permandangan tak seperti dijangka, tapi aku tetap bersyukur, bukan selalu nak dapat hiking in this kind of weather kan, kat Malaysia takde ni. In fact, kat Malaysia pun tak hiking! hahahahaha




Azimah dan rombongan #travelwithPye

Hiking ni mengambil masa 4 jam (2 jam pergi, 2 jam balik), tapi kalau campur dengan berhenti tuk posing dan rest2,  boleh jadi 5-6 jam jugak.hehehe



hiking in rain/snow be like hahaha



Sambil dok pk apelah yang Hubby and Ayden dok buat kt rumah hhihi










Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Hooker Valley.


Sempat main snow fight! al maklumlah dulu kecik-kecik tak dapat merasa kan.hahhahahaa. layan jeklah minah senget ni nak main baling-baling snow. hehehe



Then kami pon bid goodbye bersama stock2 paste dari Malaysia! What a friend are for kan? ahhahaha

For the rest of the day, planning sebenarnya nak sightseeing by foot/cycling around Mount Cook, but I'm too tired and rase dizzy sebab hiking dalam rain/snow. So after a good bath, terus tido dan spend time dalam bilik je. Esok bersambung my last entry tentang NZ ni which will cover tempat Lake Tekapo-Dunedin-Meoraki Boulders-Chrischurch. Stay tuned!

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment