Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Sunday, 15 April 2018

Babymoon Bali : Part 3 - Tanah Lot & Uluwatu


Assalamualaikum gais!

Sambungan dari babymoon bali : part 2, hari ketiga ni kami rancang nak pegi tanah lot, pendawa beach, uluwatu, spa session and dinner kat bale udang! =D

So, cambiasa after breakfast je si supir Robi dah tunggu kat luar hotel tuk pick us up. Then, kami menuju ke tanah lot. Cuaca hari tu aku ingat lagi, panas lit lit! tapi tuk tengok gak temple ni, aku redah jelah. Perjalanan nak ke tanah lot ni cantik, ade banyak bendang.




sampai kat Tanah Lot Temple, Si Robi ni cite, orang hindu sini percaya yang sejarah temple ni bukan man made, ianya terhasil dari kuasa Sakti yang diburu Raja kat sini. (cerita penuh, plis google)











Tanah Lot surroundings 

tengok temple dari jauh je sebab si hubby and robi kate xsesuai tuk ibu mengandung pegi temple2 ni.

pemandangan sini cantik, windy walaupon panas terik.


Then kami lepak2 kat stall area Tanah Lot tu sambil jalan2.





habis beli souvenir and jalan2, kami terus menuju ke Pendawa Beach pula. Pendawa Beach ni located at Kutuh Village, Kuta..cantik kawasan dia.

Sampai kat Pendawa Beach, kemain lagi dia punya panas dia..tapi, pantainya memang cantik! tapi tulah, ramai bebenor orang kat situ..










dah settle amek pictures, kitaorg pon suh robi bwk g tempat makan halal..dia pon bawak g restaurant ayam penyet ni, ok la not bad.

Then, kami dibawa ke spa kawan Robi ni..aku xbuat massage pon walaupon yelah badan orang mengandung ni lenguh sana sini, tapi Shaz risau orang salah urut, so aku pon buat facial je.




haha laki sape la ni? hihihihi 

after that, kami ke Uluwatu Temple, kat sini macam kuat sikit la agama sebab temple ni memang orang dia buat sembahyang and active, so nak masuk temple kene sopan2, kene pakai kain yang dia bagi ikat kat perut. caution, hati2 dengan monyet2 liar kat situ. Kat Uluwatu Temple ni ada Kecak Dance bermula masa nak dekat sunset, so semua orang memang ramai datang nak amek spot cantik tuk tengok tradisional dance ni..but cambiasa, my hubsy xbagi tengok..tak elok for ibu mengandung katenye..hehe..takpelah, janji anak dalam perut ok je..






again! permandangan cantik! 




After that, kami pon pegi dinner kat Restaurant Bale Udang. I was blown away ngan deco dia, sangat cantik. And ada banyak pondok2 buluh atas tasik if you want to make family dinner ke sangat recomended.















order banyak sebab orang dalam perut dah lapar..hehe price dia supprisingly xmahal for their environment & taste, memang berbaloi. dah kenyang, iols pon dah kepenatan, kami pon balik hotel.

hari ke empat lak, aku dah pesan kat robi pick up ktorg lambat sket sebab kami nak relaxes and picking dengan aman.hehe bossy sgt tau!


So after dah siap berkemas, pukul 11 kami pon checkout, and went for lunch kat Bale udang lagi..sebab ape? sebab sedaplah kan! hehee and we paksa robi join kami as token of our appreciation layan kami dengan baik sepanjang trip kami (sepanjang trip kami ajak makan sekali, dia insists taknak, katenya isterinya dah masak and dia bawak bekal).







last picture kat bale udang before heading to airport!

sekian entry pasal bali, hope korang boleh la plan nak pegi mana based on my experienced.

pasni rasa macam nak story mory pasal trip kami ke Hong Kong last month (march 2018) sebab masih segar bugar dalam ingatan.

stay tuned! wassalam!

Monday, 9 April 2018

Babymoon Bali : Part 2 - Tegalalang, Kintamani & Kopi luwak

Assalamualaikum gais,

harini sis takde mood, so dari nak layan negative thoughts, sis pon pakse diri untuk habiskan entry Bali ni! hehee (tips: done something right = happiness)

sambungan dari entry lepas, day 2 kami di Bali, plannye harini nak tengok rice field kat Tegalalang, lunch kat Kintamani, minum kopi kat Ubud and dinner kat Bebek tepi sawah.

So pukul 9 pagi after breakfast, kami pon dijemput Robi tuk memulakan perjalanan, nak ke Tegalalang ni jauh gak la from Kuta, around 2 hours gak baru sampai. Perjalanan dia pon panjang and agak berliku, dengan trafik yang agak jem, ibu mengandung ni memang rase mual2 je..huhuhu tapi layankan jugak lah tengok suasana penduduk Bali and scenery kat sana.

masa kami sampai tu agak mendung, so inilah Tegalalang Rice Fields...



Then pas dah puas tengok pemandangan and jalan2 ( kat lereng bukit tu ada byk stall jual local goods and souvenirs), kami pon gerak tuk lunch kat Kintamani Mountain tak brapa jauh dari Tegalalang ni, around 1hours camtu sampai..


Masa dah nak sampai tu, cam pelik gak, sebab xnampak gunung nya, tapi bile dah sampai tu, wow..so majestic kintamani Mountain ni! cantik gile! people can go hiking at this mountain, tapi agak bahaya lah sebab ade volcano, but sekarang tak active pon.. 






lunch buffet tu all you can eat kat restaurant si Robi ni bawak..oklah not bad..ada macam2 food.

Then after lunch and solat jamak zuhur & asar, we went to try the Luwak Coffee kat Ubud! sepanjang jalan nak ke Ubud ni macam agak countryside sket lah..Si Robi pon pesan, kat Bali ni bende2 mistik masih kuat and wujud..so kalau tak berani, baik tak payah stay kat area Ubud..stay kat bandar sket cam Kuta and Seminyak.



Indonesian and their coffee invention!




ada macam2 flavors untuk dicuba, kami tak cuba semua pon (such as boring couple kan!hehe), sebab ada tu yang sangat strong coffee..cuba mana yang berkenan je..hehee..

Then dah nak senja, kami pon bertolak bali and singgah makan kat Bebek Tepi Sawah..I thought Robi nak bawak pegi yang betul2 tepi sawah kat area Ubud tu..but sebab dah nak senja, dia bawak yang kat bandar sket..(nampak dalam gambar orang pegi restaurant yang kat betul2 tepi sawah tu macam best je..maybe next time!)

this is the first time I tried Crispy Duck with rice and it was soo goood! very recommended! 

thats all for day 2..thanks for reading!

Tuesday, 6 March 2018

Babymoon Bali : Part 1 - Jimbaran


Assalamualaikum gais!

untuk entry kali ni, sis nak cite sket pasal my travel experience ke Bali pada bulan 3, 2016. Masa duration trip ni aku tengah pregnant 6 bulan with Ayden, so ni kira macam babymoon lah gituh.hehee last travel oversea before beranak! so trip kali ni memang tak mencabar, sekadar saja nak rehat2 sebelum beranak. Sememangnya Bali ni tempat yang ideal untuk tujuan camtu! so ape lagi, Iols pon terus plan segala cikadak mak nenek untuk pegi sana.

Untuk penginapan kat Bali, we booked Park Regis Kuta Hotel, bilik yang ada swimming pool, konon nak merasa suasana Bali. Ternyata bilik kami book tu xmengecewakan, cantik, bersih, besar, selesa and yang penting, affordable 😊 kalau kat mesia memang tak dapatlah harga dengan bilik besar camni..huhu





our room


then untuk transport lak, kami menggunakan perkhidmatan Anto Bali Services..Driver kami haritu namanya Robi, memang sangat recommended service dia, hubby pon guna service dia masa company trip ke Bali Dec 2017. Kalau siapa2 nak guna perkhidmatan private transport kat Bali bolehlah contact pak Yanto ni disini ytobalitour@gmail.com, +62 812-3654-0997 ya 😊


untuk flight pula, kami menggunakan Mas sebab ade flight direct dari JHB ke Denpasar,Bali, tp transit kejap kat KUL. alhamdulillah selesa perjalanan kami.




sesampainya kat Airport Bali, si Robi ni dah tunggu dah sambil pegang banner Mr Shazry & Mrs Suhada, so kami pon excited keluar dari balai ketibaan tu..tapi dari keluar flight lagi dah excited dah sebab orang bali punya greeting lain macaim friendly, so happy to be there.



at ngurai rai international airport

Then Robi pon bawak luggage and kitaorg ke mpv kami. Dengan Robi ni memang mudah, sebab dia ikut je mane kami nak pegi, tak kisah asalkan customer enjoy. So kami suh dia bawak pegi makan sedap kat Bali, yang special ade kat Bali, Halal ofcouse. Robi bawak kami ke Nasi Ayam tulang lunak, ok lah not bad, Ayam tu memang sampai ketulang leh makan..boleh lah cuba ya kalau ke Bali 👍



Then kami cakap ngan Robi nak rest, sebab perjalanan dari Jb ni agak memenatkan, biasalah ibu mengandung kan cepat letih..so kami suh drop off kami kat hotel je, nanti lewat petang Robi ambil semula untuk makan kat Jimbaran sambil menikmati sunset view.


so lepas dah rest and freshen up, kami pun bertolak ke Jimbaran seperti yang dijanji kan dengan Robi. Dia terus bawak ke satu restaurant ni, katanye Pak Yanto tu yang punya jugak.







suasana restaurant

pastu kami diberi pilihan untuk dine menghadap sunset or dalam restaurant, tapi sebab masa tu awal lagi, matahari pon tengah panas mencanak lagi, so kami just chop tempat je and request tuk dine menghadap sunset..



our dinner



vibe kat sini memang terasa keromantikannye..memang patut ramai orang honeymoon datang ke Bali!






Then while tengah tunggu food ready, kami pegi jalan2 tepi pantai and beli jagung bakar ni, sedap!



while eating dinner, ade persembahan tarian jugak..

Then dah siap makan, kami pon pulang semula ke hotel...


end of day 1 :)

bersambung kat Babymoon Bali: Part 2