Entry kali ini sambungan dari Dubai Day Trip [part 1]. So lepas tido dan freshen up, kami btol bertolak ke padang pasir di Dubai. At 3.30pm sharp, representative dari FunToursDubai pon datang to pick us at the hotel lobby. Agak lama jugak lah perjalanan nak ke desert ni, dalam satu jam sengah camtu gak lah..dan sepanjang perjalanan tu disajikan permandangan padang pasir yang macam takde penghujungnya hehee..
mula-mula diorang ni drop us kat satu desert safari ini and kasi kitaorang round2 dalam sejam kat sini. Tapi semua kene bayar sendiri lah, boleh main ATV, and camel riding gak kat sini. Ade jugak convenient store tuk beli air dan makanan ringan.
Then, we went to the another desert safari, this one was much more interesting lah sebab dia located kat dalam ceruk padang pasir. So mase mula2 nak masuk tu ade gak lah sikit dune bashing sebab jalan nak ke dalam padang pasir memang mencabar sikit (kalau ade anak kecik, sila pastikan diaorang pakai seatbelt or hold them tight), pakai 4x4 je boleh pas, and I was told that only emirati yang ade license je boleh drive people ke dalam desert, bukan boleh suka2 gais.
so inilah dia desert safari, lepas ditunjukkan tempat duduk kami, kami diberi roti inti sayur dan air. tempat duduk tu ade meja panjang and duduk bersila atas cushion, and kat tengah2 tu ade ring besar untuk persembahan belly dancing. kat dalam kawasan desert safari ini boleh free buat henna painting, hisap sisha, camel riding dan boleh ambil air berapa banyak pon, but alcohol, naik ATV, ambil gambar dengan falcon kene bayarlah.
Ayden acah2 camel riding, bile camel buat bunyik terus takot minta turun 😂😂
bukan Ayden je takot, mummy pon takot gakkk kakakkakaa
pastu orang ini tiba2 datang kat aku, letak burung atas kepala, sabo jelah, nasib anak aku memang minat burung..kena lah bayar dalam 15dirham.
then kami semua bebas buat activiti sampai bosan sementara nak tunggu belly dancing starts and dinner siap.
Akhirnya start jugak belly dancing ni, mula2 tu ingat tarian hambar je, tapi makin lame makin menarik jugak tarian dia, seksi pon boleh tahan 😂😂😂
dalam tengah2 dancing tu, akhirnya diorang pon annouce dah boleh ambil food, so semua orang pon beratur ambil food. macam2 jenis makanan ade, tapi yang specialnya mestilah nak try kebab dan makanan arab kan..dinner and semua service ini dah lengkap dalam tour ini, agak berbaloi2 gak lah.. (credit pic from FunToursDubai)
then Ayden pon dah start cranky sebab baju dia dah xselesa dan mengantuk, we asked them to hantar kitaorang balik hotel je. Kami pon memang dah xlarat gile sebab kepenatan xcukup tido dan we need to rest untuk bangun awal pagi for flight ke London pulak esoknya..
The only pic of me & hubsy with Burj Khalifa
Till we meet again Dubai 💙
So, lepasni bersambung cerita pasal trip ke London pulak ye..stay tuned.. ❤️