Wednesday, 31 January 2018

Resipi : Ibu's Mee Bandung

Assalamualaikum

Kali ini aku nak share resipi my MIL yang jugak favorite aku and Shaz iaitu Mee Bandung Muar! hehee So few days ago, MIL aku ajak masak mee bandung bila kami datang on weekend. Tanpa tidak membuang masa, marilah kita baca bahan2 tuk buat dia punye homemade paste:

*resipi ini untuk 10 orang makan

Bahan kisar:
- 5 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 25 batang cili kering (rendam dengan air panas)
- 2 sudu udang kering

Bahan2 lain:
- 2 genggam kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
- 20 udang segar
- 1 kg daging (rebus hingga empuk)
- 10 biji fishball (potong 2)
- satu ikat sawi
- 1 biji carrot ( potong bulat)
- 2 sudu tepung jagung (letak air)
- 3 sudu sos cili
-  telur 5 biji
- minyak untuk tumis
- garam gula secukup rasa

cara-cara masak:
1) kupas bawang dan kisar bahan2 kisar, letak tepi
2) rebus daging hingga empuk, letak tepi
3) potong2 bahan2 dan sediakan semuanya siap2.
4) panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak
5) pas dah pecah minyak, letakkan daging dan air rebusan daging sekali dan kacau
6) letak carrot dan letak gak kacang yang dah ditumbuk tu
7) letak fishball, sawi dan udang. Kacau semua hingga sebati.
8) letak garam dan gula secukup rasa
9) letak sos cili dan kacau
10) letak air tepung jagung dan biarkan mendidih.
11) kacau dan pecah telur hingga telur separuh masak.

tadaa ni lah hasilnya! 

12) sedia dihidang bersama mee yang sudah dicelur dan taburkan bawang goreng dan daun sup.

my bowl! heaven!

Selamat mencuba ya kawan2! gerenti sedap hingga menjilat sudu! hehee



Tuesday, 30 January 2018

Sunday, 28 January 2018

Seoul Winter 2017 : Day 0 & Day 1 - Hongdae

Assalamualaikum Semua,

Trip kali ini aku nak share my experience mase travel with family of 5 ke Seoul, South Korea masa new year 2017. Mula-mula masa aku nak book ticket pegi Seoul ni, aku mase tu still pregnant  si Ayden ni lagi, tapi memandangkan aku nak pegi time winter tuk sambut new year, so both Shaz and I decided to tinggalkan Ayden sebab takot kesian dia kesejukkan lak sebab dia still baby lagi. So pas booked ticket, I told my mum pasal nak ke Korea ni, dia pon cakap nak ikut lah! hehee so tu lah yang jadi patutnya pergi berenam (me, Shaz, Ayah, Mak, Along, Adik) but unfortunately, Adik ku mase duration g Seoul tu dia ade paper exam lak..So dia pon terpakselah menangis kat bucu katil tak jadi ikut harharhar

kesian Ayden kene tinggal, lain kali mummy daddy bawak AYden ok!

So disebabkan pergi Seoul ni plan nak jalan2 sendri taknak restricted ngan jadual tour and mak ayah lak dah berumur so taknak mereka penat berjalan kaki naik train etc, so kami pon decide tuk hire tour guide with driver. Fortunately, I came accross kat social media satu instagram account decahaya.travel . So I terus contact dia tuk comfirm our itinerary, and settle bab transport and tour tuk 3 hari (2hari jalan2 bandar Seoul, 1 hari lagi pergi pulau nami and ski resort) so for those yang nak private tour ke Korea Selatan can try contact Munirah ni :)

Penginapan lak I choose to stay kat Airbnb kat area Hongdae, Seoul ni sebab saje nak rase duduk rumah kat Korea, slalu tengok dalam KDrama je.hehee..lagipon nak bagi exposure kat Mak Ayah yang juga mengusahakan bisnes homestay yang diberi nama Homestay Tok Ayah Rengit (HSTAR) kat Rengit, Batu Pahat, Johor...manelah tahu diorang dapat ilham pas balik bercuti kat Korea ni tuk improve mane yang patut kat homestay tu.hhehe. (I'll write special entry about my parent's homestay in separate entry, InshaAllah)





credit pic: tina (the house owner)

mak & ayah ❤

Homestay ni apartment 2 bedrooms, 1 Bilik ada 2 Katil Besar, Satu bilik lagi 1 Katil besar. Very comfortable!

So on 31 December 2016, both Shaz and I naik flight dari JB-KLIA2 dan janji tuk berkumpul with the rest of my family kat KLIA2 je.



Masing2 dah excited! Seoul! We're coming!


Flight kami mengambil masa dalam 7jam nak ke Seoul ni, sampai2 Incheon Internation Airport dalam pukul 2.50 Tengah hari..tapi tunggu driver pick us up kat airport ni lambat jugak lah..

while tunggu driver, kat Incheon Airport

excited faces!


rombongan keluarga Ab Rasid ke Korea!




Sampai airbnb kitaorang at 6PM mase tu dah gelap dah sebab winter kan, malam pendek, pukul 5 dah gelap. So pas check in. kami pon mandi2, solat, and makan2 makanan yang kami bawa dari Malaysia.
after that, both Shaz and I plan nak jalan2 area Hongdae yang katenye terkenal ngan tempat muda mudi, and skali lah nak tengok new year eve. Ayah dah penat dah, so dia nak rest, Mak and Along lak decided to ikut kami jalan2.

muka mak n along before kaki melecet :')

my Kpop hubsy! (sile jangan muntah! ahhaha)

oh btw, tuk travel ke Seoul ni, aku booked pocket wifi dari Travel Recommend, servis tiptop! so dengan ade pocket wifi ni, kami pon teruskan niat nak cari cafe hipster! lololol mula2 sesat2 gak follow map kat waze ni, akhirnya setelah kaki along and mak melecet sebab saiz kaki xsesuai dengan boots aku belikan tu, barulah jumpa bandar Hongdae ni..best gak lah jalan2 sini, tengok2 kedai jual2 baju, and perhiasan handphone.


tengah tepon abg najib tanye camne Adam nak g school esok ehhehe
Then kami teruskan lagi nak cari kasut yang comfort tuk along..after that, jumpalah Hello Kitty Cafe ni..ingat nak try waffle dia, dah sold out lak..so just had our coffee and hot choc je.






Then satu hal lak nak berjalan balik lak..alhamdulillah, seb baik xsesat balik tu, dekat lah sikit berjalan kaki, kesian mak n along kaki dah sakit.

konon lepak ala2 dalam kpop drama 

day 1 done :)

Then kami just terus tido je, sebab dah penat sangat dengan jetlag lagi...new year eve dalam mimpi je akhirnya..kah kah kah.


bersambung




Wednesday, 24 January 2018

Resipi: Crispy Roasted Duck (Itik Panggang)

Assalamualaikum gais!

Today memandangkan Ayden bangun awal, so me and my MIL decided to go to pasar sambil bawak Ayden jalan2. So since balik from vacation aritu, I always wanted to try to cook myself the crispy roasted duck! tapi pencarian nak dapatkan itik kat jb ni agak payah (pegi kip mart, xde orang jual itik) , so today I guessed I'm quite luckly lah sebab jumpa gak itik yang dicari2 kat pasar taman U.

Enough talking, lets talk about the recipe! aku triggered nak masak ni sebab baru lepas tengok satu episode 'Gordon Ramsay Ultimate Homecook Recipes' dia masak crispy duck ni, so recipi nya camni, mudah je:

baham kisar:
5 spice ( bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, jintan manis, and cili flakes semua aku toasted and grind sampai halus)

bahan-bahan lain:
1 ekor itik, potong tengah sebab nak masukkan bahan2
2 biji bawang putih (smashed)
1 inch halia (slice)
2biji bunga cengkih
garam
ground black paper

ok first toasted and grind 5 spice td ( nak beli dah siap grind pon ade kat kedai)


then bersihkan itik tadi, buanglah ape yg patut


then cucuk2 itik tu tuk senang nak keluarkan fat dia nanti, pastu pat dry itik tu ngan kitchen towel, then letak garam dan black paper kat dalam itik and seluruh kulit itik. then rub bahan2 5 spice tu kat seluruh kulit itik, urut2 sikit bagi dia absorb.


then masukkan bawang putih, halia and bunga cengkih kat dalam rogga itik tu



then bila semua dah siap, place itik tu atas roasting tray yang jaring2 tuk biar lemak2 itik tu jatuh  and letak lg satu tray tuk tadah fat2 tu



panas kan oven 160▫C and tutupkan itik ngan aluminium foil before masukkan kt oven for 1hour pas 1hr, keluarkan itik and slow kan oven ke 140▫C. Bukak aluminium foil tu and leave the duck roasting dalam oven for another 4hour or until skin dia crispy


best serve with sambal belacan kalau nak makan wifh nasi, or if nak makan with tortila/roti buat sos Thailand dipping sauce tuk compliment itik tu.

sekian, selamat mencuba ❤️

Sunday, 21 January 2018

Paris I'm In Love [part 2]


sambungan dari entry Paris I'm In Love [part 1], day 3 in paris, hari ni kami sambung jalan2 naik bus hop on hop off lagi.


hari ni kami target nak pergi shopping sikit kat Champs Elysees and jln2 kat Montmarte, Torcadero and Arc De Thriompe. Disebabkan kami bukanlah jenis yang menghayati art, so kami just tengok church2 cantik macam Notre Dame dari dalam bus je.

so nak sampai ke Champs Elysees ni, kami pon menghayati lah pemandangan kota paris ni. Memang tak dinafikan, senibina kat sini cantik dan classic.

kami stop kat pitstop no 3 tuk tunggu bus nak ke mont marte, before that aku singgah gallery lafayete tuk change diapers Ayden, sejuk2 ni tebal je pampers dia 😅. then tunggu punya tunggu bas line biru pon xsampai, last2 orang yang jaga line hop on hop off tu datang kat kitaorang tanye kami nak ke mane, bila cakap nak ke mont marte, dia cakap bukan stop ni untuk tukar bus, next stop katenye..hahaaha dah salah 😂😂 then borak2 lagi ngan mamat ni tanye mane nak cari kedai minimart sebab pampers Ayden dah nak habis, dia pon cakap susah nak cari kedai camtu kat city ni, tp boleh cari, dia pon tunjuk2 dalam map kat area champs ecslysee. So kami pon bincang2, untuk tak ambil risk Ayden takde pampers tuk sampi balik Malaysia, kami pom terus je naik bus line merah ni, tak jadi nak ke Mont Marte 😭 (sodeh, tapi pampers lagi penting mase tu)

so kami pom teruskan perjalanan ke champs ecsylee tuk cari pampers n lunch. Then jalan2 cari kedai yang mamag tadi tunjuk dalam maps, terjumpa lah mini market, nasib baik ade jual pampers saiz XL, baru lah mak pak ni lega and leh teruskan perjalanan berjalan2.

perut pon mase tu dah berkeroncong, kami pon terus gerak ke kedai burger halal nama nya le butcher kat area champs eylsees ni. Aku and Shaz order burger and fries for Ayden.



credit picture from tripadvisor and lebutcher website sebab I forgot to take my own picture (mase kat sane tak fikir lagi nak berblogging 🤣🤣)




Alhamdulillah dah kenyang ni kami pon teruskan jalan2..singgah lah kedai laduree ni untuk packkan macaroon untuk bawak balik malaysia


so many flavour to chose from, tapi I asked salegirl tu pack kan semua jenis perisa yang xde alcohol and lard.

I went to Sephora lak, besar gile sephora sana. Latest cosmetic product semua senang lah nak cari, so aku pon beli lah sikit foundation nars and hudaa lip matte ni, siap dapat test solek dengan salesgirl kat sane..hehe free je, why not kan? bertabahlah Ayden n Shaz tunggu aku kat luar tu ye..hehehe

bukan selalu nak dapat orang french solekkan hihihihi

Then we just lepak2 stroll Ayden across the road..sampailah kat hujung tu usha2 Arc De Triomphe.







Then we passed by Trocadero, ingat nak singgah amek2 picture, but bus tu dah last bus, so amek picture dari atas bus jelah gamaknye 😭 janji ade n dah tengok tempat orang.



attempt tuk amek family photo harharhar


Family Photo Attempt kelaut huhuhu

Kami turun kat first pitstop kag Eiffel Tower untuk layankan Ayden main carousel. 1 kali round tu hargenye €3.



jalan2 kat Eiffel Tower as we go back to our hotel. Eiffel tower pon dah menyalakan lampu, so last picture before balik hotel sebab dah order nasi lemak paris, janji pukul 6ptg kat lobby. Details about nasi lemak paris ade kat entry sebelum ni.

Eiffel Tower Paris Checked ✔ #bucketlist
Malam tu aku just buat activiti packing je sebab esok flight early morning.

Day 4 kat paris, kol 6 pagi aku dah request uber untuk pergi ke airport, but orang tu tak jumpa aku, dia cancel, so aku pom move on. Seb baik depan hotel tu banyak teksi, redho jelah habiskan sisa2 €€ yang ada.

Agak jauh gak lah nak ke airport dia ni, so better prepare 3jam before flight untuk selamat, kang xbalik lak Malaysia, naya je.hehe flight kami berlepas pukul 9.30 pagi dari Charles De Gaulle Airport dan tiba di Dubai Airport pukul 10.30 malam, dalam 6jam perjalanan.


Sampai airport Dubai dah lapar, kami pon take away food sementara nak tunggu next flight ke KL lak kol 1pagi nanti. Flight dari Dubai ke Kuala Lumpur lak makan mase dalam 6jam, tapi mase ni relax sikit sebab xrmai orang dalam flight and we got free seat sebab orang sebelah takde, boleh lah Ayden dan mak paknye tido ngan aman sampailah ke KL!



Alhamdulillah sampai kat Malaysia pukul 8 pagi. Pas keluar airport and pulangkan stroller, kami pon terus ke klia2 lak tuk catch flight ke JB pukul 3petang. Sebab dah terlalu letih and xselesa xmandi 2hari, kami pon sewa hotel kat klia2 ni for 4hours, so dapatlah rest, nap jap and freshen up.


Alhamdulillah pukul 4ptg sampailah kat JB! home sweet home! ingatkan dapatlah qada tido, tp mata xleh lelap lak..jetlag agaknye 😅 ok gais! thanks for reading! till next post k!