Monday, 15 January 2018

Resipi : Ayam Goreng Korea-Malaysia

Assalamualaikum semua,

Harini rase nak share pasal resipi faveret aku and keluarga in laws iaitu ayam goreng Korea-Malaysia. Aku bagi nama ayam goreng Korea-Malaysia sebab nak sesuaikan dengan tekak orang melayu kami..hehehe. Personally, aku lagi suka resipi ini compared to korean chicken wings yang kat kedai..tapi tu pendapat aku lah, korang try lah kalau xcaya hehehee

bahan2 perap ayam:
- kepak ayam 7 ketul dipotong dua
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
-2 inch halia (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- lada hitam tumbuk kasar

untuk goreng ayam yang dah siap diperap selama 1-2 jam:
- tepung kentang/ tepung jagung/ tepung gandum (tapi aku suka pakai tepung kentang sbb lebih crunchy)

bahan2 sos salut ayam:
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 1/2 bawang besar (dikisar)
- 10 biji cili kering yang dah dicelur dengan air panas (dikisar)
- 1 sudu cuka
- 1 sudu madu
- 1 sudu gula perang
- 1 sudu kicap manis
- garam secukup rasa
- air sikit supaya tak pekat sangat

hiasan: (optional xde pon xpe, aku pon xltk sbb mase tu lupa nak beli)
- bijan yang dah dipangang
- daun bawang

mula2, tumbuk bahan2 untuk perap ayam, ltk segala mak nenek seasoning tu and put aside tuk biarkan dorang marinate.



then after 1-2 hours, keluarkan ayam then salut dengan tepung kentang.



goreng ayam dengan api sederhana, biar ayam tu masak sampai tulang. tapi jangan masak sampai garing, angkat dulu kasi sejuk.


Then buka api panas (agak2 lah ye, jangan panas sangat kang hangus lak ayam korang), then goreng ayam tu sampai dia crispy and golden brown...letak kat paper towel tuk absorb lebihan minyak...put aside and let it cool.


then masak sos ayam lak, start with tumis bahan kisar sampai pecah minyak


then ltk gula perang, cuka, kicap, madu, garam. pastu rasa mane yang rase kurang, adjustlah ye.



sampai dpt consistancy yang pekat dan likat, kalau terlalu pekat ltk sikit air, kalau agak2 boleh salut ayam okay lah. Then masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi.


gaul2 sampai semua bahagian coated dengan sos td. tabur bijan n spring onion kalau ade, kalau xde, macam ni lah hasil nya...tadaaaaa! siap untuk diratah atau makan dengan nasi.


jangan lupa cuba resipi ni tau!

No comments:

Post a Comment